Dyana Sofea, Zairil Khir sah nikah Disember ini

AHLI Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (Dapsy) Kebangsaan, Dyana Sofea Mohd Daud mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, 9 Disember ini.

Pengesahan itu dibuat beliau ketika ditanya tentang kad undangan yang tertera namanya dengan pasangannya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

KAD undangan perkahwinan Dyana dan Zairil yang mula tersebar di media sosial

“Betul la tu,” katanya seperti dipetik portal Sinar Harian, hari ini.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.

Sebelum ini, Dyana Sofea pernah bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan pada 2014 sebagai calon DAP, namun tewas dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, menerusi majoriti tipis 238 undi.

Dalam PRK itu, BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan menerusi Siew Keong, yang memperoleh 20,157 undi, manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments