Masukkan anak saudara dalam mesin basuh, penganggur didakwa

790

Gara-gara tindakan bergurau memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh sehinggar tular di media sosial, seorang penganggur diheret ke mahkamah hari ini.

Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu susulan kejadian yang berlaku di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang di sini minggu lalu.

Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azmil Muntapha  Abas yang bertindak sebagai Majistret.

Lelaki itu didakwa memasukkan anak saudara lelakinya yang berusia tiga tahun  ke dalam mesin basuh secara tergopoh-gopoh sehingga membahayakan keselamatan mangsa di dalam kedai dobi Laundrybar, No. 11  and 11-1, Jalan Orkid 1G/2, Seksyen BS1, Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada 12.30 tengah malam, 2 September lalu.

Kejadian Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh Dobi Layan Diri. Asalnya Nak Bergurau TAPI bertukar tragedi sebab mesin basuh tak boleh buka. Harap anda jangan buat macam ni. Nak bergurau pun kena ada batasnya. Terima kasih kepada staff Restoran Salam di sebelah Dobi yang membantu mengeluarkan anak kecil tu.Lokasi: Laundrybar Taman Bukit Sentosa

Posted by New Malaysian Post on Isnin, 1 Oktober 2018

Laporan Bernama menyebut, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Khairulazhwa Yusrie Mohamad mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin namun Muhammad Irwan yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan terhadap jaminan.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tiada ahli kelurganya yang hadir ke mahkamah untuk diikat jamin dan menetapkan 9 Nov bagi  sebutan semula kes.

Pada 3 Oktober lepas, pihak polis menahan tertuduh susulan kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang selepas video berdurasi satu minit berkaitan insiden itu tular di Facebook.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi 2 Okt lepas yang tular di Facebook memaparkan detik cemas kanak-kanak yang terperangkap di dalam mesin basuh itu diselamatkan oleh orang awam.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments