‘Kalau beli undi, baik mereka tidur saja’ – Wany Hasrita

    236
    WANI HASRITA

    Penyanyi Wany Hasrita menegaskan dia dan peminatnya tidak membeli undi semata-mata untuk memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH31.

    Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia melihat sendiri usaha keras peminatnya yang mengundi setiap sejam tanpa tidur.

    “Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak.

    “Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja.

    “Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur,” katanya kepada mStar Online.

    Wany ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

    Penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular menumpaskan calon lain seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy.

    Dalam pada itu, Wany tidak menjangkakan kemenangan itu berpihak kepadanya memandangkan tahun ini tidak banyak pencapaian atau perkara positif berlaku padanya.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments