VIDEO: Pertarungan Khabib, McGregor berakhir dengan kekecohan

4243

Pertarungan yang dianggap bersejarah #UFC antara  Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov di T-Mobile Arena di Las Vegas hari ini berakhir dengan kekecohan.

Kekecohan bermula berlaku sebaik sahaja Khabib menewaskan McGregor di pusingan keempat dengan tap out.

Khabib melompat keluar dari gelanggang dan menyerang Dillon Danis, individu yang menjadi watak penting dalam membina karier McGregor.

McGregor pula menumbuk salah seorang ahli pasukan Khabib yang memasuki gelanggang.

Pihak #UFC setakat ini belum mengeluarkan kenyataan ketika ada yang menjangkakan kemenangan Khabib mungkin tidak disahkan.

Pertarungan Khabib & McGregor yang berakhir dengan kekecohan.#UFC

Posted by Wiki Rakyat on Sabtu, 6 Oktober 2018

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments