Konflik Maurinho-Pogba makin buruk

170

KONFLIK antara pengendali Manchester United, Jose Maurinho dan Paul Pogba semakin ketara.

Ini berikutan kenyataan terbaru Maurinho yang memberitahu Pogba bahawa dia tidak akan menjadi kapten Manchester United lagi.

Kenyataan itu muncul di tengah-tengah keraguan dan ketidaktentuan masa depan bintang kelahiran Perancis itu di Old Trafford.

Difahamkan Mourinho berang dengan komen terbaharu Pogba selepas pemain itu menggesa Manchester United untuk ‘serang, serang, serang’ berikutan keputusan yang mengecewakan dengan Wolves pada hujung minggu lalu.

Pengurus Machester United itu dikatakan memberitahu Pogba dan rakan skuad lain di Carrington pada Selasa, beberapa jam sebelum perlawanan Piala Carabao melawan Derby.

Beliau berkata, Pogba tidak lagi akan diberikan peranan sebagai kapten pasukan meskipun melatih pasukan itu tiga kali, musim ini.

Bagaimanapun, keputusan Mourinho untuk merendahkan kedudukan pemain adalah satu petanda jelas bahawa beliau tidak akan terjejas selepas Pogba mengkritik taktik Manchester United terhadap Wolves.

“Apabila kita berada sebagai tuan rumah kita harus menyerang, menyerang, menyerang,’ katanya. Itulah Old Trafford. Kita berada di sini untuk menyerang. Saya fikir pasukan mereka takut apabila melihat Man United menyerang dan menyerang. Itulah kesilapan kita hari ini.

“Kita menang 1-0 jadi kami positif. Kemudian kita cuba mempertahankan sedikit lagi terhadap serangan balas. Kita berhenti bermain seperti pada babak pertama dan kita tidak benar-benar menggugatkan kedudukan mereka.

‘”Kita berada di Old Trafford dan kita hanya perlu menyerang dan memberi tekanan seperti yang kita lakukan terhadap Tottenham, Liverpool, Chelsea dan Arsenal musim lalu. Apabila kita bermain seperti ini, ia lebih mudah untuk kita,” ujar Pogba.

Ditanya mengenai apa yang membuatkan Manchester United berhenti daripada menyerang, Pogba secara menyindir Mourinho membalas: “Saya tidak boleh beritahu anda kerana saya seorang pemain. Bukan saya.” – Mail Online UK

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments