Durian gergasi masih atas pokok, tapi sudah dibida RM9,000 sebiji

3836

DURIAN gergasi masih atas pokok, tapi sudah dibida RM9,000 sebiji

Itu rezeki yang menggembirakan seorang pemilik kebun durian di wilayah Tak, Thaiand yang berjaya menanam pokok durian yang buahnya mampu mencecah berat 18 kilogram (kg).

Walaupun buah masih belum gugur, namun Thanapon berjaya menyakinkan para pelanggannya untuk membida buah gergasi itu dengan harga hampir RM9,000 sebiji.

Thanapon Chainok, 51, yang mempunyai kebun durian berkeluasan dua hektar di daerah Tak Prop Phra berkata, durian gergasi itu masih lagi belum gugur, tetapi dia menganggarkan berat durian itu sekitar 18 kg.

Thanapon berkata, dia membuka lelongan untuk buah gergasi itu bermula pada harga Bt10,000 (RM1,227) dengan tawaran tertinggi yang diterima setakat ini adalah pada harga Bt73,000 (RM8,958).

Proses lelongan itu akan berterusan sehingga 12 Ogos ini, katanya.

Chainok biasanya akan menjual durian di kebun miliknya pada harga Bt85 (RM10) setiap kilogram.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments