Sunday, October 21, 2018
Home NASIONAL Mulai tahun depan, tiada lagi kasut putih buat murid

Mulai tahun depan, tiada lagi kasut putih buat murid

5570

Berkuatkuasa tahun depan, semua pelajar sekolah tidak lagi perlu memakai kasut berwarna putih, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.

Menganggap ia sebagai kehendak ibu bapa, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberitahu, peraturan baharu tersebut dibuat untuk meningkatkan keceriaan pelajar.

Katanya, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira keluhan ibu bapa selain mahu meningkatkan keceriaan pelajar.

“Mulai sesi tahun depan, semua pelajar (sekolah kebangsaan dan menengah) akan pakai kasut warna hitam,” katanya ketika menjawab soalan hadirin pada program Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan di sini hari ini.

Kata anggota parlimen Simpang Renggam itu, keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.

Menurut Maszlee, keputusan itu dibuat kementeriannya selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kerumitan yang dihadapi disebabkan penggunakan kasut putih.

“Ramai ibu bapa meminta agar anak-anak mereka tidak lagi menggunakan kasut putih.

Kata Maszlee lagi, beliau turut komited untuk meringankan beban pelajar yang terpaksa menggalas beg berat setiap kali ke sekolah.

“Mereka juga tidak perlu galas beg berat lagi,” katanya semasa menghadiri program Bicara Minda¬†Sinar Harian¬†hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berhasrat melihat pelajar boleh menguasai lebih daripada tiga bahasa melalui sistem pendidikan negara dalam masa lima tahun.

Beliau juga berkata kementerian sudah meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Dewan Bahasa dan Pustaka akan dilihat sama taraf seperti British Council bagi tujuan tingkatkan bahasa tanah air dan serantau,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments