Chong Wei Letak Jawatan Sebagai Pengarah Bersama Raj’s Banana Leaf

10741

BERIKUTAN penutupan restoran Raj’s Banana Leaf Bangsar yang terpalit dengan isu cuci pinggan dengan air lopak, pemilik bersama restoran berkenaan, Datuk Lee Chong Wei telah meletak jawatan sebagai pengarah syarikat berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Pada awalnya ianya sekadar khabar angin yang mengatakan Datuk Lee Chong Wei mempunyai sangkut paut dan merupakan pemilik saham majoriti restoran berkenaan.

Further to our press release on 30-05-2018, we wish to add that the recent post(s) circulated on social media pertaining…

Posted by Raj's Banana Leaf on Wednesday, 30 May 2018

Dalam posting yang dikongsi pihak Raj’s Banana Leaf, Datuk Lee Chong Wei adalah salah seorang pengarah bersama syarikat ini dan telah meletak jawatan berikutan insiden ini dan Lee Chong Wei langsung tidak terlibat dengan sebarang urusan seharian restoran berkenaan.

Betul KE? The owner of Raj's Banana Leaf restaurant is Dato' Lee Chong Wei?Ownership-51% Lee Chong Wei, 20% Rizal…

Posted by 1 Tamilanz Sangam 2.0 on Wednesday, 30 May 2018

Pihak pengurusan turut membuat permohonan maaf sekali lagi terhadap insiden berkenaan dan akan menambah baik urusan seharian mereka selepas ini. Adakah operasi dan kedatangan pelanggan Raj’s Banana Leaf akan kembali seperti biasa selepas ini?

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments