KSN umum 10,11 Mei cuti umum

7750

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei) ialah hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments