15 Mei Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

2001

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan​​​​​​ permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia di Malaysia adalah pada 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 15 Mei di 29 lokasi.

Ia merangkumi:

1. Pontian Kecil, Johor

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

​​​​​​​3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

​​​​​​​4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor

5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor

6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor

7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak

​​​​​​​8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

​​​​​​​9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah

​​​​​​​​​​​​​​10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah

​​​​​​​11. Menara Alor Setar, Kedah

​​​​​​​12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu

13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

​​​​​​​14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

​​​​​​​15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

​​​​​​​16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

​​​​​​​17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

​​​​​​​18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan

​​​​​​​19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak

20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak

22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

​​​​​​​23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

​​​​​​​24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

​​​​​​​25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

​​​​​​​26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

​​​​​​​27. Menara Kuala Lumpur

28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

​​​​​​​29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan​​​​​​​ puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments