Labah-labah tertua di dunia mati di usia 43 tahun

351

SYDNEY – AUSTRALIA. Labah-labah tertua di dunia mati pada usia 43 tahun selepas ia telah dipantau selama beberapa tahun ketika kajian populasi jangka panjang di Australia, menurut penyelidik, hari ini.

Kajian diterbitkan jurnal Pasific Conservation Biology mendapati tempoh hayat spesies Giaus Villosus trapdoor matriach melangkaui jangka hidup tarantula berusia 28 tahun ditemui di Mexico.

“Kematian labah-labah digelar No 16 itu berpunca daripada sengatan serangga bisa. Ia adalah labah-labah tertua pernah direkodkan dan ia membolehkan kami melakukan kajian lanjut terhadap perilaku dan dinamik populasi labah-labah,” jelas penyelidik.

Difahamkan, projek penyelidikan untuk mengkaji labah-labah trapdoor di Central Wheatbelt Australia Barat pertama kali dilancarkan pada 1974 oleh Barbara York Main.

Kajian itu juga memberi kefahaman lebih jelas tentang bagaimana tekanan perubahan iklim masa depan dan penebangan hutan boleh memberi impak kepada spesies tersebut.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments