VIDEO: Ceramah kecoh, Superman DAP gelar akhbar Cina ‘anj*ng’

2277

Kecoh pemimpin DAP gelar akhbar Cina 'a**jing'

PRU-14 | Kecoh pemimpin DAP gelar akhbar Cina 'a**jing'Ceramah DAP di Bercham malam semalam bertukar kecoh apabila seorang pemimpin parti itu, Hew Kuan Yaw melemparkan kata-kata kesat terhadap media dan akhbar berbahasa Cina yang dianggapnya sebagai a**jing.Tindakan itu mengundang kemarahan beberapa pengamal media dengan salah seorang jurukamera akhbar China Press yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana rata-rata media Cina selama ini memberi liputan meluas kepada pemimpin DAP.Hew yang terkenal dengan gelaran Superman dan juga orang kanan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pernah mencetuskan beberapa kontroversi termasuk menggunakan isyarat lucah ketika berceramah selain videonya mengenai ‘Melayu skrew Melayu’ pernah tular ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016.

Posted by PRK & PRU on Tuesday, 17 April 2018

IPOH: Ceramah DAP di Bercham, dekat sini bertukar kecoh semalam apabila seorang penceramah parti itu, Hew Kuan Yaw melemparkan kata-kata kesat terhadap media dan akhbar berbahasa Cina yang dianggapnya sebagai a*jing.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika Kuan Yaw yang turut dikenali dengan nama julukan ‘Superman DAP’ sedang berceramah dihadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Pusat Makanan L&L atau L&L Food Court Bercham.
Tindakan itu mengundang kemarahan beberapa pengamal media dengan salah seorang jurugambar akhbar China Press meluahkan rasa tidak puas hati sambil mempersoalkan kenyataan Kuan Yaw yang dianggap keterlaluan.

‘’Kenapa cakap ini? Tidak boleh kata begitu,’’ tegas jurugambar berkenaan dalam bahasa mandarin sambil menghampiri pentas.

Beberapa petugas DAP dilihat cuba menghalang jurugambar berkenaan daripada menghampiri pentas.

“Saya tidak kata kamu, saya tidak kata kamu, rileks,’’ tegas Kuan Yaw sambil meminta jurugambar berkenaan bertenang.
Hew yang juga orang kanan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pernah mencetuskan beberapa kontroversi termasuk menggunakan isyarat lucah ketika berceramah selain videonya mengenai ‘skrew Melayu’ pernah tular ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments