Trump kecam bekas Pengarah FBI

80

WASHINGTON – Presiden Donald Trump sekali lagi mengecam James Comey menerusi Twitter semalam, beberapa jam sebelum temubual dengan bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) itu disiarkan.

Temubual turut memperkatakan tulisan yang memperincikan interaksi Comey dengan Trump yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Petikan temubual dengan ANC News itu sudah pun disiarkan, begitu juga dengan ulasan buku Comey bertajuk ‘A Higher Loyalty: Truth, Lies and Leadership’.

Buku itu yang akan diterbitkan esok, mengaitkan Trump dengan ketua samseng ego yang tidak jujur dan menyatakan beliau menuntut sumpah setia peribadi daripada Comey, keterangan yang menaikkan kemarahan presiden itu.

“Saya tidak pernah meminta Comey setia kepada saya secara peribadi. Saya tidak begitu mengenalinya.

“Satu lagi pembohongan daripadanya. Memo itu PALSU!” kata Trump dalam satu tweet terbarunya.

Beliau sekali lagi menggelar Comey yang berkata menyimpan butiran pertemuannya dengan presiden itu, dengan panggilan ‘slime ball’ dan berkata Comey mengendalikan siasatan ke atas bekas pencabarnya, Hillary Clinton, dengan cara bodoh.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments