PAS tidak akan sokong Pakatan Harapan!

99

PERMATANG PAUH – PAS sama sekali tidak akan bersama Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Harapan dibarisi golongan-golongan penentang Islam.

“DAP awal-awal menentang pelaksanaan syariat dan menentang Islam.

“Menentang Rang Undang-undang 355 (RUU355), menentang pelaksanaan Islam di Kelantan, di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Himpunan Jentera PRU14 PAS Pulau Pinang di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

DAP akan bertanding menggunakan logo PKR tahun ini bertujuan mengaburi pengundi Melayu dalam PRU14.

Abdul Hadi berkata, DAP sering mengungkit tentang Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang syariat Islam.

Bagaimanapun, katanya, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan perkara itu adalah hak umat Islam.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments