Najib bertemu Ahli Parlimen BN

143

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediamannya, di Seri Perdana.

Pertemuan itu bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira sejam selepas itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pertemuan itu banyak menyentuh mengenai kekeluargaan dalam parti, setia kawan dan wala’.

“Kami sebagai keluarga BN perlu memegang prinsip wala’, pertemuan tadi bersama Ahli Parlimen BN dan perjumpaan itu diadakan secara beramai-ramai,” katanya selepas pertemuan itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, berkata amanat yang diberikan Perdana Menteri ialah untuk menjaga parti BN.

“Ucapan yang diberikan sangat ringkas, meyakinkan dan menanam semangat BN tidak kira dilantik menjadi calon atau tidak, kita mesti bersama BN.

“Selain itu juga, beliau (Najib) turut meminta kami mempertahankan parti dan BN demi kebaikan negara.

“Semua yang hadir gembira sebab ia menanam sifat kekitaan dalam diri ahli BN, caranya itu (mengadakan pertemuan) sangat bagus,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kerusi di Cameron Highland, Saravanan berkata pertemuan berkenaan tidak sedikit pun berbincang mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments