‘Siapa kata jual produk di TV tak kelas?’

    424

     

    KUALA LUMPUR: Pelakon Raja Farah reda dengan sikap segelintir masyarakat yang memandang rendah kerjaya sebagai pengacara program beli-belah di kaca televisyen (TV).

    Farah yang menggalas tugas sebagai hos program CJ Wow Shop bersama rakan pengacara lain mengaku pernah berfikiran begitu, namun segala sangkaan meleset kerana tanggungjawab itu tidak semudah disangka.

    “Benar, saya pernah berfikiran begitu. Bagi saya, kita hanya perlu jadi ‘sales girl’ jual barang… Kerja tiada kelas, konon.

    “Tetapi apabila diberi peluang mengendalikan CJ Wow Shop, ternyata bukan mudah… Sangat berbeza dengan pandangan skeptikal segelintir orang. Tapi, saya tak salahkan mereka, program seperti ini masih baharu di Malaysia,” kataya kepada BH Online.

    Mengenai komitmennya sebagai pengacara CJ Wow Shop, Farah berkata, hampir setiap hari dia perlu menjalani rakaman ulasan produk.

    “Kami dilatih pengacara ulasan produk yang berpengalaman lebih 20 tahun. Saya rasa seperti ‘kejutan budaya’ pula kerana tidak pernah ada pengalaman menjual barang di TV.

    “Bukan seperti mengendalikan program lain di mana kita dapat saja skrip, berbincang dan terus rakam,” katanya yang bersyukur suami sangat memahami kesibukannya yang sudah hampir setahun bersama CJ Wow Shop.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments