Paut tangan Aliff, Rebecca didakwa tidak hormat suami

    1572

    Baru-baru ini pengasas jenama kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena berpindah ke rumah baru dan kesejahteraan kandungan isterinya, Datin Shahida.

    Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi pengasas kosmetik itu menerusi akaun Instagram miliknya pada Isnin lepas.

    Pun begitu, salah satu perkongsian yang memaparkan Datin Rebecca Nur Al Islam memaut tangan Aliff telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

     

     

    Meskipun gambar itu diambil bersama-sama dengan suami Rebecca namun rata-rata netizen mengutuk tindakan pelakon itu yang dianggap tidak menjaga batas pergaulan sebagai Muslimah meskipun berlapik.

    Malah, ada netizen yang berpendapat tindakan Rebecca itu seolah-olah tidak menghormati suaminya sendiri yang berada di situ.

     

    Sehubungan itu, sebahagian besar netizen menasihati Aliff agar memadam gambar berkenaan untuk mengelakkan daripada fitnah, sekali gus menjaga hati isterinya sendiri.

    Sehingga kini, perkongsian yang dimuat naik Aliff  itu dilihat menerima lebih 40,00o tanda suka dan terus menjadi perhatian ramai netizen khususnya di Instagram.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments