Bapa Elfira minta Sufian henti bercerita….

    140

    Bapa kepada aktress, Elfira Loy iaitu Ahmad Sabri Ariffin menggesa agar penyanyi, Sufian Suhaimi berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu putus tunang bagi menjaga hati semua pihak.

    Menurut Ahmad Sabri, sejak kebelakangan ini, beliau sering kali mendapati Sufian kerap mengulas berhubung isu itu sedangkan keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi hal itu.

    “Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

    “Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

    “Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu? “ katanya.

     

     

    Tambah Ahmad Sabri lagi, Elfira juga enggan memanjangkan berita putus tunang tersebut sebaliknya lebih selesa berdiam diri.

    “Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu. Benda ini sudah tamat,” tambahnya.

    Ahmad Sabri berkata, beliau akui memahami tugas wartawan untuk mendapatkan bahan berita tetapi baginya Sufian boleh sahaja mengambil pendekatan untuk tidak memberi komen berhubung hal tersebut.

    “Sufian boleh cakap ‘tidak’ dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya yang mahu mempromosikan lagu baharunya.

    “Selepas memulangkan cincin, saya yakin dan percaya keluarga kedua-dua belah pihak menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” katanya.

     

     

    Mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu, ikatan pasangan ini mula goyah apabila mereka dikatakan tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial

    Sebaik Sufian mengakui berita ikatan pertunangan dengan pelakon itu putus, spekulasi mula bertebaran mengenai punca pasangan ini berubah hati.

    Bagaimanapun, pelantun lagu Terasa Ada itu juga dilihat beberapa kali mengulas isu berkenaan kepada media sedangkan Elfira pula dilihat lebih banyak ‘mengunci mulut’.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments