Media Singapura diminta pulangkan album gambar Leftenan Adnan

186

 

KAJANG – Waris keluarga pahlawan negara, Leftenan Muda Adnan Saidi merayu kepada sebuah agensi media Singapura supaya memulangkan album kenangan kisah perjuangan wira tersebut yang telah diambil sejak 24 tahun lalu.

Cicit saudara Allahyarham, Mohd. Asrul Halim Ahmad, 34, mendakwa, album tersebut tersimpan segala macam kenangan berkaitan diri pejuang negara tersebut dari dia kecil hingga terkorban ketika berkhidmat mempertahankan tanah air.

Dakwanya, album tersebut diambil ketika kru agensi media menemuramah bapanya, Ahmad Abdollah, 59, di rumah mereka di Jalan Pam Air, Kampung Sungai Merab Tengah di sini pada tahun 1994.

“Mereka berjanji kepada bapa untuk memulangkan semula album berkenaan selepas biografi berkaitan Allahyarham di Singapura selesai dibuat.

“Namun, sehingga kini mereka gagal menunaikan janji dan kami langsung tiada kenangan yang boleh disimpan untuk tatapan generasi akan datang.

“Saya merayu kepada pihak berkenaan supaya memulangkan album gambar tersebut agar ahli keluarga dapat menyimpannya sendiri lebih-lebih lagi Rabu ini (esok) merupakan ulang tahun pemergian Allahyarham,” dakwanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments