Berang anak menangis, ibu kelar bayi sendiri guna sabit

63

 

NEW DELHI – Rimas mendengar tangisan bayinya yang kelaparan, seorang ibu mengelar leher anak perempuannya menggunakan sabit di sebuah perkampungan di Madhya Pradesh, India.

Menurut jurucakap polis, CB Singh, jiran mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku selepas mendapati tangisan kanak-kanak berusia setahun itu berhenti secara tiba-tiba sebelum melihat ibu mangsa keluar rumah tanpa membawa anaknya.

“Beberapa jiran memecahkan pintu rumah suspek dan terkejut melihat bayi berkenaan terbaring berlumuran darah.

“Bayi itu menangis kerana ingin susu ketika ibunya sedang sibuk di dapur. Disebabkan terlalu marah dan hilang sabar, dia mengambil sabit dan mengelar leher anaknya hingga mati,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments