Kedah hadapi laluan sukar pertahan Piala FA

64

 

PETALING JAYA: Kedah berdepan laluan berliku dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA tahun ini apabila diuji seawal pusingan kedua menentang Negeri Sembilan yang bakal bermula pada 2 dan 3 Mac ini.

Skuad kendalian Ramon Marcote itu merangkul gelaran keempat musim lalu dengan menewaskan Pahang 3-2 pada final di Stadium Shah Alam manakala Negeri Sembilan yang dinaikkan taraf ke Liga Super tahun ini terkandas di separuh akhir.

Undian Piala FA yang berlangsung hari ini turut menyaksikan Pahang berdepan ATM pada pusingan kedua manakala juara 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Sabah.

Sementara itu pasukan juara lima kali Selangor turut mendapat undian selesa menentang pasukan MOF FC atau CNA FC yang berentap di pusingan pertama bermula pada 13 Februari.

Terengganu FC yang tewas kepada Kedah di separuh akhir dengan agregat 4-0 tahun lalu pula diundi menentang lawan dari pusingan pertama, PJ Rangers atau MD Jempol FC.

Pasukan juara 2012 dan 2013 Kelantan dijangka tiada masalah untuk melepasi pusingan kedua apabila akan berdepan kelab Terengganu City atau Jerantut FA.

Pasukan Liga Super Perak pula diundi menentang Sarawak manakala PKNS FC boleh menarik nafas lega apabila membuat perhitungan dengan kelab amatur Invictus FC atau Hanelang FC.

Pusingan pertama pada pertama 13 Februari ini hanya membabitkan pasukan Liga FAM dan kelab dari Liga Sosial.

Undian semula akan dilakukan bagi perlawanan pusingan ketiga pada 16 dan 17 Mac.

___________________________________________________________________

– PUSINGAN PERTAMA PIALA FA (13 FEBRUARI)

Selangor United mln Southern United

Terengganu City FC mln Jerantut FA

Axis 02 FC mln SRCC Kuala Kangsar FC

PJ Rangers FC mln MD Jempol FC

Kuching FA mln Real Chukai FC

Shahzan Muda FC mln PIB FC

MOF FC mln CNA FC

Invictus FC mln Hanelang FC

– PUSINGAN KEDUA (2 DAN 3 MAC)

Kelantan mln Terengganu City FC/ Jerantut FA

PKNS FC mln Invictus FC/ Hanelang FC

Kuantan FA mln Axis 02 FC/ SRCC Kuala Kangsar FC

Kedah mln Negeri Sembilan

UiTM FC mln Perlis

ATM mln Pahang

Shahzan Muda/ PIB FC mln PKNP FC

MIFA mln UKM FC

PJ Rangers FC/ MD Jempol FC mln Terengganu FC

PDRM mln Pulau Pinang

Sabah mln JDT

Selangor United/ Southern FC mln Melaka United

Kuala Lumpur mln Kuching FC/ Real Chukai FC

MOF FC/ CNA FC mln Selangor

FELCRA FC mln FELDA United

Perak mln Sarawak

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments