4 polis, anggota TUDM, jururawat ditahan positif meth

62

 

KUALA LUMPUR – Tujuh penjawat awam terdiri daripada empat anggota polis, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), jururawat dan pembantu tadbir ditahan selepas didapati positif syabu dalam operasi khas di pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur, semalam.

Operasi bermula 3 pagi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian itu turut menahan 16 anggota polis termasuk dua anggota polis bantuan di premis berkenaan.

Bagaimanapun, 16 anggota polis itu dibebaskan selepas diambil keterangan dan ujian air kencing mereka didapati negatif dadah.

Menurut sumber, operasi berkenaan dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi mengesan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan terbabit.

“Polis melakukan pemeriksaan terhadap 505 pengunjung pusat hiburan terbabit termasuk pekerjanya dan hasil saringan awal ujian air kencing mendapati 54 pengunjung berusia 18 hingga 50 tahun positif dadah.

“Operasi terbabit juga mengesan tujuh penjawat awam berusia 20 hingga 40 an positif dadah jenis methamphetamine (syabu) dan semua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, selain penjawat awam, polis juga menahan dua gadis bawah umur berusia 17 tahun di pusat hiburan berkenaan dan kedua-duanya positif dadah.

œSelain itu, polia merampas 20pil Ecstacy seberat 7.06 gram bernilai RM800.

“Berikutan itu, polis akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” €katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments