Johan As’ari terkilan bacaan Al-Quran dikritik netizen

    123

    PELAKON, Johan As’ari akui terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang sering mengkritik tatkala dia memperdengarkan bacaan al-Quran secara terbuka menerusi laman Instagram.

    Pada masa sama, bekas pelajar pengajian agama di Indonesia ini turut menafikan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menganggap konon dia seorang yang sukar menerima teguran orang.

    “Saya bukannya jenis yang tidak boleh ditegur tetapi biarlah berhemah. Kita sebagai muslimin dan bangsa Melayu ada adab. Jadi, tegurlah dengan tertib.

    “Disebabkan kecaman dan kritikan yang kasar, jujur saya rasa sedih dan kecewa apabila membacanya. Apa salahnya jika teguran itu ditulis dengan penuh rasa kasih sayang,” katanya dipetik sebuah portal online.

    Meskipun begitu, Johan tetap tidak lupa untuk memberi kata pujian kepada para pengikut yang tidak putus-putus memberi kata semangat serta motivasi buat dirinya.

    “Terima kasih atas kata-kata yang dizahirkan di atas landasan yang baik. Maaf sekiranya ada yang tidak senang dengan cara saya. Kita sama-sama manusia, tidak sempurna,” ujarnya.

    Sabar je la ya… Mulut orang, memang kita tak boleh tutup. Nanti dah penat, diam sendiri lah tuu…

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments