‘Mak Guard’ cantik ini curi perhatian ramai

223

 

ZAMAN sekarang, bukan guru sahaja yang perlu cantik atau kacak di sekolah, malah pengawal keselamatan di sekolah pun tidak terkecuali.

Baru-baru ini, beberapa keping gambar memaparkan seorang gadis cantik berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur jadi tular dan bualan dalam kalangan netizen.

Menerusi Facebook milik gadis yang dikenali sebagai Sri Mahyuni Munif ini dilihat berkongsi beberapa keping gambar menyaksikan dia lengkap berpakaian uniform pengawal keselamatan beserta kapsyen ucapan tahun baru.

 

 

“Selamat tahun baru semua, sentiasa senyum okay, tahun baru, azam baru,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

Dalam pada itu, menurut Sri Mahyuni, dia sedikit pun tidak berasa segan dengan pekerjaan yang dilakukan kerana ia adalah kerja yang halal.

 

 

 

 

 

 

“Tidak semua mampu buat pekerjaan ini dan jangan malu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana ianya juga kerja yang halal,” katanya.

Sementara itu antara faktor yang mendorong gadis itu sanggup berbuat demikian, Sri Mahyuni berkata, dia ikhlas melakukan semua ini demi menyara ibu dan ayahnya.

 

 

“Bila orang tanya “kenapa?” aku jawab dalam hati “Dari dulu sampai ke hari ini aku buat semua ni memang untuk mak ayah aku,” ujarnya.

Perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meninggalkan komen positif dan memuji tindakan Sri Mahyuni yang bersikap tidak memilih dalam soal pekerjaan.

“Salute for miss security,” komen Al Nazir Ahmuk.

“Terbaik sis..hehe kerja halal apa nak. Malu..,” ujar pengguna bernama, Mohamad Nasrul Own.

“Asalkan kerja halal buat apa nak malu..Terbaik…Tabik spring untuk sis ni,” ujar Adnan Alì pula.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus menjadi tular menerusi media sosial dan mendapat pujian.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments