Enggan jual petrol, KPDNKK sita sebuah stesen minyak di Kelantan

58

 

PASIR MAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyita sebuah stesen minyak di Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.

Tindakan itu diambil berikutan stesen berkenaan menutup operasinya tanpa sebarang notis dan memaklumkan kepada kementerian berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun, berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan minyak, di kawasan itu.

Katanya, tindakan pengusaha stesen minyak terbabit jelas melanggar syarat ditetapkan dan sepatutnya penutupan sementara operasi dimaklumkan kepada KPDNKK.

“Hasil pemeriksaan mendapati, stesen terbabit menutup operasi kerana tiada bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Misi Agihan Bantuan Banjir Giant bersama KPDNKK di Kampung Chekok, di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya esok.

“Kita mengambil serius perkara berkenaan kerana ia akan menimbulkan masalah kepada pengguna,” katanya. – BHarian

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments