Rakaman kejar mengejar Wira vs Evo X PDRM, penjenayah terlepas

51

Image may contain: sky and outdoor

 

KUALA LUMPUR Nov.- Tindakan dua penjenayah memandu dalam keadaan laju bagi mengelak ditahan pihak berkuasa kelmarin mengundang bahaya pengguna jalan raya di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu sempat dirakam oleh seorang penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Berikutan itu, video berdurasi empat minit 25 saat itu mula tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi berkata, sebelum itu, kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna kelabu dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh anggota pasukan peronda.

Ujarnya, mereka kemudiannya diarahkan memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan namun enggan berbuat demikian dan terus memecut laju.

“Kita kita sedang mengesan mereka dan meminta penunggang motosikal yang merakam kejadian itu tampil membantu siasatan,” katanya. – Utusan

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments