Buffon menangis Itali tersingkir

54

Image may contain: 1 person

 

JANGAN berasa segan jika anda mengalirkan air mata apabila Gianluigi Buffon (gambar) dirakamkan menangis ketika ditemubual oleh pemberita selepas penyingkiran mengejutkan pasukan Itali daripada kelayakan Piala Dunia menentang Sweden.

Ini kerana ramai peminat bola sepak turut berduka cita dengan insiden tersebut.

Penjaga gol legenda itu tidak dapat menahan emosi selepas kemunculan kali ke-175 berakhir dengan kekalahan tuan rumah di San Siro.

Memetik laporan Eurosport, tangisan Buffon itu kemudiannya tersebar di laman sosial dengan pantas.

Buffon sudah membuat keputusan untuk menggantung sarung tangannya selepas Piala Dunia 2018 di Rusia dan nampaknya dia terpaksa ‘bercuti’ lebih awal.

Buffon berkata: “Kami berbangga, kami pasukan yang kuat, kami degil. Kami akan bangun semula seperti yang biasa kami lakukan.

“Saya akan meninggalkan pasukan kebangsaan yang tahu bagaimana untuk bangkit semula.

“Saya harapkan yang terbaik untuk semua terutamanya kepada mereka yang berkongsi perjalanan ini bersama saya,” ujarnya sebak.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments