Syed Saddiq lepaskan biasiswa Oxford ‘demi negara’

72

Image may contain: 3 people, people smiling

 

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman mengumumkan hari ini beliau meninggalkan rancangan melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford kerana ingin terus berpolitik.

Syed Saddiq, 25, sepatutnya memulakan ijazah sarjana dalam pengajian dasar awam pada minggu kedua Oktober.

“Maafkan saya, ibu. Saya sudah memutuskan untuk lupakan Oxford dan fokus untuk berjuang kepada negara yang semakin tenat,” katanya pada sidang akhbar.

Syed Saddiq berkata keputusan itu bukan dibuat berdasarkan mana-mana pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyddin Yassin.

Beliau menambah, keputusan itu sukar dibuat tetapi kerana cabaran yang belum selesai di Malaysia.

“Jika saya ke Oxford tahun ini, hati saya tidak akan berada di sana. Hati saya akan sentiasa berada di Malaysia,” katanya sambil menambah, beliau mungkin gagal atau berjaya dalam langkah memperjuangkan kesejahteraan negara tetapi sekurang-kurangnya sudah mencuba.

“Sekurang-kurangnya suatu hari nanti saya boleh berdepan anak cucu dan bersumpah saya telah cuba. Saya telah cuba yang terbaik,” katanya.

Syed Saddiq memuat naik gambar beliau memegang surat tawaran universiti bersama ibu bapanya di akaun Instagram miliknya.

Tertera pada gambar tersebut, “Saya sudah mempertimbangkan pandangan semua, termasuk ibu bapa, tentang masa depan saya dalam politik dan tawaran biasiswa dari Universiti Oxford untuk melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Dasar Awam.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments