7.2 juta penduduk Jakarta pilih gabenor baharu - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Apr 19th, 2017

7.2 juta penduduk Jakarta pilih gabenor baharu

Image may contain: 1 person

 

JAKARTA: Penduduk di ibu kota Indonesia keluar mengundi dalam pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta hari ini.

Pertandingan itu membabitkan calon gabenor beragama Kristian mempertahankan jawatan walaupun dibicarakan kerana menghina agama, dalam undian mencetuskan ketegangan masyarakat.

Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama berdepan pencabar beragama Islam, bekas menteri pendidikan Anies Baswedan, 47, dalam perlumbaan sengit untuk mentadbir ibu kota dengan lebih 10 juta penduduk itu.

Ahok, 50, gabenor bukan Islam pertama ibu kota itu selama lebih 50 tahun dan pemimpin etnik Cina pertama, menang pusingan pertama Februari lalu namun belum cukup margin untuk mengelak pusingan kedua.

Perlumbaan itu dianggap penting kerana ahli politik menyaksikannya sebagai batu loncatan dalam pilihan raya presiden 2019, namun ia dilingkari kontroversi berikutan dakwaan Ahok menghina al-Quran.

Dakwaan itu, menarik ratusan ribu penyokong konservatif Islam di jalanan di ibu kota ini membuat bantahan besar-besaran tahun lalu dan menjurus Ahok dibicarakan atas tuduhan menghina agama dalam kes dilihat pengkritik bermotif politik.

“Ini adalah penduduk Islam majmuk Indonesia berdepan politik Islam jenis baharu yang dipengaruhi pengikut tegar,” kata seorang penganalisis di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa berpusat di sini, Tobias Basuki kepada AFP.

Undian dibuka jam 7 pagi waktu tempatan (0000 GMT) dan ditutup jam 1 tengah hari dengan lebih 7.2 juta rakyat mendaftar untuk mengundi. Lebih 60,000 anggota keselamatan dikerahkan.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (31)