VIDEO: ‘Otai’ Shafie Kumpulan Rio kembali beraksi dengan vokal mantap

    433

    BAGI peminat lagu-lagu rock sekitar tahun 1990-an, nama kumpulan Rio pasti berbekas di ingatan. Lagu Layu Di Hujung Mekar pernah mengangkat kumpulan ini di persada muzik dan masih menjadi siulan sehingga hari ini.

    Kumpulan Rio merupakan kumpulan penyanyi pertama yang menandatangani kontrak dengan Fantasia Music City atau ringkasnya “FMC” dan dianggotai oleh ahli-ahli yang berasal dari Muar, Johor.

    Anggota kumpulan Rio itu dianggotai oleh Shafie selaku vokalis, Man (pemain gitar), Alias (pemain bass) dan Taufiq (pemain drum). Alias dan Taufiq adalah bekas anggota kumpulan Crossfire.

    Setelah sudah sekian lama menyepi, Shafie muncul dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini dan mendendangkan lagu hits berkenaan sekaligus menghimbau zaman kegemilan Rio yang pernah memasuki peringkat akhir Konsert Puncak Pujaan 10 tahun 1993 menerusi lagu berkenaan.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments