Sivarraajh umum manifesto pembangunan pemuda India

74
sivarraajh-mic.11jpgIPOH – Calon Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh mengambil pendekatan turun padang dan menggunakan laman web sosial Facebook sebagai platform untuk menyampaikan manifesto beliau yang bertema ‘ Janji Kami Untuk Pemuda MIC’ yang memberi tumpuan terhadap pembangunan pendidikan dan sosio ekonomi pemuda India di negara ini.
Sivarraajh yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, manifesto aku janji sempena pemilihan Ketua Pemuda MIC kebangsaan itu merangkumi 16 aspek yang memfokuskan pembangunan pemuda dalam dan luar parti secara keseluruhannya.
Menurut Sivarrajh, beliau mahu memastikan pemerkasaan sosio ekonomi pemuda India di negara ini lebih lancar, berdaya saing dan berjaya menerusi peluang dan agenda jangka panjang yang dirangka parti.
“Saya telah memulakan kempen sejak lima tahun lalu dengan turun padang berjumpa dengan para pemuda di peringkat akar umbi dan Bahagian parti di setiap negeri seluruh negara dan isu pendidikan dan ekonomi antara perkara penting perlu diberi perhatian.
“Sebagai tambahan, saya telah membawa 16 pelan berkesan untuk para pemuda dalam dan di luar parti yang merangkumi aspek perniagaan berstatus usahawan, penyertaan dalam jawatan kerajaan, perlaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) terhadap Pemuda MIC dalam meningkatkan penyampaian terhadap kominiti India dan sebagainya.
“Kesemua agenda ini telah diperhalusi secara teliti dan saya akan memastikan ia dilaksanakan sepenuhnya untuk mentransformasikan pemikiran dan kepimpinan pemuda dari atas ke bawah supaya menjadi insan yang berjaya dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi¬†MalaysiaGazette.
Tambah beliau, walaupun hanya beberapa bulan dilantik sebagai pegawai khas Zambry, Sivarraajh mengaku ia serba sedikit membantu mengenal pasti masalah penduduk India khususnya pemuda di Perak.
Justeru itu, sejak menyandang jawatan Setiausaha Pemuda MIC selama lima tahun, Sivarraajh berkata, beliau sudah mendekati Pemuda MIC peringkat Cawangan dan Bahagian parti di seluruh negara bagi mengetahui keperluan mereka untuk memajukan diri.
“Walaupun terdapat pelbagai bantuan pinjaman perniagaan, ia masih belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh belia India, bagi mengelak masalah ini, saya akan bekerja keras untuk memastikan semua masalah yang dikenalpasti diselesaikan selain membantu para pemuda memanfaatkan suntikan ekonomi yang disediakan kerajaan secara berterusan,” ujar beliau.
– MalaysiaGazette

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments