Schweinsteiger terlepas pertemuan genting

schenteigerBASTIAN Schweinsteiger masih ragu untuk disenaraikan pada pertembungan berdepan Hannover walaupun mula menjalani latihan bersama pasukan Bayern Munich, Selasa lalu.

Tonggak utama Jerman itu mengalami kecederaan buku lali ketika Bayern seri 1-1 menentang Freiburg sekali gus terlepas perlawanan Piala Super Uefa bertemu Chelsea, tiga hari kemudian.

Kehilangan Schweinsteiger menyaksikan Arjen Robben atau Daniel van Buyten bakal ambil alih posisi berkenaan di Allianz Arena selepas masing-masing pulang daripada tugasan antarabangsa baru-baru ini.

Sementara itu, Robben berkata, dia pernah bergelut situasi sama seperti dialami Schweinsteiger ketika mewakili Chelsea, tapi kembali cipta kejayaan untuk Bavarians dalam pemburuan trofi liga.-Sinar Harian

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments