Kisah cinta di Kota New York

    UntitledSelepas menayangkan ‘Anugerah Dendam Yang Terindah’, Astro First Eksklusif sekali lagi membawakan supertelefilem hebat berjudul ‘NY Cinta’ yang menemui penonton bermula 12 September 2013.

    Diterbitkan oleh Regal Way Marketing Sdn Bhd, ‘NY Cinta’ menampilkan gandingan hebat pelakon Bront Palarae dan Liyana Jasmay di bawah arahan pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar. Menarik mengenai supertelefilem ini, 99 peratus penggambaran dilakukan di New York yang memamparkan keindahan kota metropolitan tersebut.

    ‘NY Cinta’ mengisahkan kisah seorang penyanyi Mia (Liyana Jasmay) yang ingin menempa nama dalam bidang nyanyian bertemu dengan Seth (Bront Palarae), rakyat Malaysia yang telah sekian lama menetap di Amerika Syarikat. Mereka secara kebetulan bertemu ketika dalam perjalan ke New York. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sepanjang perkenalan membibitkan rasa cinta antara mereka.

    Kepada peminat telefilem Melayu, jangan lepaskan peluang menonton ‘NY Cinta’, bermula 12 september ini secara eksklusif di Astro First. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my/astrofirst-MediaHiburan

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments