Katy Perry lancar wangian Killer Queen

    imagePenyanyi yang kini popular dengan single ‘Roar’, Katy Perry telah melancarkan koleksi terbaru minyak wanginya yang dinamakan ‘Killer Queen’. Minyak wangi yang didatangkan dalam botol berbentuk berlian itu merupakan gabungan beri liar dan bunga ‘red velvet’ yang menjadi ramuan utamanya.

    “Ketika saya menghasilkan Killer Queen, saya mendapat inspirasi daripada sifat wanita yang tegas, berkeyakinan dan berdikari. Sekali gus, wangian ini akan menyerlahkan lagi sifat-sifat itu bagi wanita yang memakainya,” ujar Katy.

    Menyetuh perkembangan seninya, Katy akan muncul dengan album terbaru, ‘PRISM’ yang akan berada di pasaran pada bulan Oktober ini.-MediaHiburan

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments