Diana Danielle sudah banyak terima tawaran kembali berlakon

    dianaKemunculan Diana Danielle di khalayak ramai malam tadi ketika berlangsungnya tayangan perdana filem Dampak memang menjadi buah tangan terbaik buat para media yang hadir untuk bertanyakan tentang kehidupan pelakon itu selepas berkahwin & bergelar ibu.

    Dalam temubual pendek bersama media malam tadi, Diana Danielle mendedahkan yang nama anaknya adalah Muhammad dan nama itu di’pilih oleh ibu Farid Kamil selain ianya mudah dan senang untuk disebut.

    “Nama anak saya Muhammad — mudah dan juga senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu,” ujar Diana Danielle yang pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum hari raya lalu.

    Aktress berusia 22 tahun ini juga mengakui sudah menerima banyak tawaran untuk kembali berlakon tetapi beliau kini masih dalam berpantang dan mengakui belum bersedia untuk kembali berlakon selain tidak percayakan orang lain untuk menjaga Muhammad.

    “Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali berlakon kerana kondisi saya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad,” tambahnya lagi.-RotiKaya

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments