Ahli dewan maut ditetak

images (6)Morelia: Pihak berkuasa di barat Mexico memburu empat lelaki yang menetak seorang ahli dewan undangan negeri dengan parang sehingga mati dan mencederakan wartawan yang sedang menemuramah beliau kelmarin.

Pemangku pendakwa, Marco Vinicio Aguilera berkata dalam kejadian yang berlaku di negeri Michoacan itu, ahli perundangan, Osbaldo Esquivel Lucatero berama adiknya dikatakan berhenti di sebatang lebuh raya untuk menemui wartawan yang mahu menemuramahnya.

“Ketika mereka bercakap, empat lelaki keluar dari sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan menyerang Lucatero dengan parang sebelum melarikan diri. Adik Lucatero membawa beliau ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba, manakala wartawan yang menemuramahnya cedera parah,” katanya.

Motif serangan

Aguilera berkata, pihaknya tidak menolak rompakan sebagai motif serangan.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama wartawan berkenaan atau akhbar yang diwakilnya atas sebab keselamatan.
Wartawan dan pegawai kerajaan kerap menjadi sasaran pembunuhan di negeri Michoacan, yang terbabit dengan masalah keganasan akibat dadah.

Kadar jenayah dan keganasan di negeri itu dikatakan terlalu teruk, sehingga memaksa penduduk di beberapa kejiranan menubuhkan pasukan pertahanan mereka sendiri.

Lucatero adalah bekas datuk bandar Buenavista Tomatlan, salah sebuah bandar di negeri paling banyak berlaku keganasan itu. – AP/AGENSI

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments