Pemilik kedai emas parah ditembak perompak

kedai12321KUALA LUMPUR 3 Sept. – Seorang pemilik kedai emas parah selepas terkena dua das tembakan dalam satu rompakan di kedainya di Jalan Lebuh Ampang di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Razak, 55, ditembak di bahu dan perut setelah cuba menghalang empat lelaki dari menyamun premisnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam kejadian itu penjenayah tidak sempat melarikan barang kemas setelah berlaku pergelutan dengan pemilik kedai itu. – UTUSAN ONLINE

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments