Spesifikasi dan harga Sony Xperia Z Ultra di Malaysia

sony-xperia_z-phablet-afp-020913_540_360_100

Xperia Z Ultra merupakan smartphone flagship terbaru daripada Sony dan peranti yang diiktiraf sebagai telefon pintar yang mempunyai skrin Full HD paling besar dan paling nipis di dunia sewaktu artikel ini di tulis. Kini ianya telahpun dijual di pasaran Malaysia.

Sony Xperia Z Ultra menampilkan skrin 6.4 inci dengan paparan TRILUMINOS beresolusi 1920 x 1080 piksel. Telefon pintar ini dikuasakan oleh prosesor Qualcomm Snapdragon 800 berkelajuan 2.2 GHz Quad Core dan menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean.

Spesifikasi lain Xperia Z Ultra termasuklah RAM 2GB dan storan dalaman bersaiz 16GB serta menyokong kad microSD bersaiz sehingga 64GB sebagai storan tambahan.

Menggunakan bateri berkapasiti 3,000 mAh serta hadir dengan mod STAMINA yang menjimatkan tenaga mampu memberikan pengguna peranti ini tempoh penggunaan yang lebih panjang.

Walaupun mempunyai skrin bersaiz besar, Sony Xperia Z Ultra telah direka supaya ianya nipis dan ringan. Peranti ini berketebalan 6.5mm dan seberat 212 gram.

Bahagian belakang telefon Xperia Z Ultra ini terdapat kamera 8 Megapiksel beserta fungsi HDR. Kamera ini menggunakan sensor Sony Exmor RS yang membantu merakam imej yang lebih jelas dan tajam. Sony Xperia Z Ultra turut menyokong pelbagai jenis sambungan seperti NFC, Wifi dan Bluetooth.

Dengan rating IP55 dan  IP58, Sony Xperia Z Ultra ini juga merupakan peranti yang kalis air dan debu.

Selain mempunyai paparan yang besar tetapi ringan dan nipis, kalis air serta debu, kelebihan Sony Xperia Z Ultra ini adalah ianya mempunyai skrin yang begitu responsif. Pengguna boleh menulis atau melakar pada skrin peranti ini menggunakan sebarang jenis pensil atau stylus dan pen yang terpilih (mata stylus dan pen berdiameter lebih 1mm).

Spesifikasi Asas Sony Xperia Z Ultra

Sistem Operasi Android 4.2 Jelly Bean
Prosesor 2.2 GHz Quad Core Qualcomm Snapdragon 800
RAM 2GB
Skrin 6.4 inci (Resolusi 1920 x 1080 piksel)
Storan Dalaman 16GB
Storan Tambahan Menggunakan kad microSD sehingga 64GB
Kamera Belakang 8 Megapiksel dengan EXMOR RS
Kamera Hadapan 2 Megapiksel
Kapasiti Bateri 3,000 mAh
Ukuran 179.4 x 92.2 x 6.5 mm (panjang x lebar x tebal)
Berat 212 gram

Sony Xperia Z Ultra di Youtube

http://youtu.be/h45uTBGftkQ

 

Harga Sony Xperia Z Ultra di Malaysia

Menurut laman Lowyat.NET, Sony Xperia Z Ultra kelihatan telah mula dijual di beberapa buah cawangan Sony Centre di Lembah Kelang pada harga rasmi RM2,299. Jumlah stok peranti ini adalah terhad pada masa ini memandangkan Sony Xperia Z Ultra hanya akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Ogos 2013 nanti.

Xperia Z Ultra yang dijual di Malaysia pada masa ini merupakan versi  HSPA+. Versi LTE pula dikatakan bakal dilancarkan pada bulan September 2013 nanti.

Sony Xperia Z Ultra ditawarkan dalam warna Hitam atau Putih di Malaysia.

Sumber : Sony Malaysia | Lowyat.NET

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments