Harimau misteri baham lima ekor lembu

zul1aaaaaaaaSELAMA–Seorang penternak lembu dan juga pemilik sebuah lading kelapa sawit di Kampung Bukit Bertam Batu Kurau, dekat Selama terpaksa berputih mata apabila dikatakan lima ekor lembu peliharaannnya dibaham oleh oleh harimau daripada spesis yang belum dikenal pasti jenisnya.

Akibat daripada kejadian itu mangsa Zul Azmi Madali 42,berkata,bermula daripada bulan March lalu sehingga kini sudah lima ekor lembu peliharannya menjadi korban binatang buas tersebut  dan terpaksa menanggung kerugian sekitar RM 10,000.

“Terbaru,sekitar dua minggu sebelum puasa,lembu peliharaan saya dibaham oleh binatang buas ini sehingga menyebabkan lembu tersebut mati kerana kecederaan yang teruk dibahagian paha.

Menurut Zul Azmi,sewaktu kejadian pertama berlaku,pihak Jabatan Perhilitan telah pun memasang perangkap bagi menjerat haiwan buas itu dengan meletakkan seekor kambing didalamnya sebagai umpan namun sehingga kini haiwan itu belum dapat dijerat.

“Kambing yang dijadikan umpan langsung tidak menarik perhatian binatang buas ini walaupun diletakkan diluar perangkap pada waktu siang hari.

“Namun setelah hampir 11 hari perangkap dipasang dan kambing yang dijadikan umpan itu ditambat diluar,satu kejadian yang tidak diduga berlaku apabila harimau tersebut datang membaham kambing itu pada waktu siang hari.

“Hal ini membingungkan saya dan penduduk kampung kerana masih tercari-cari jenis spesis harimau yang membaham kambing tersebut kerana menurut kepakaran dan pengalaman beberapa penduduk, harimau dari jenis belang dan bintang akan membaham mangsanya pada waktu malam kecuali harimau dahan.

Zul Azmi berkata,walau dari spesis apa pun dia dia dan berasa bimbang akan keselamatan haiwan ternakannya sekiranya haiwan ini masih lagi bebas.zul1aaaaaaa

Sementara itu seorang lagi penduduk ,Zulkifli Mat Noor, 56, berkata pada tiga hari lalu sekitar jam 3.30 pagi dia terjaga dari tidurnya apabila mendengar suasana riuh rendah sekumpulan lembu bertempiaran lari seolah-olah dikejar sesuatu berhampiran rumahnya disini.

“Dalam agakkan saya,lembu-lembu itu bertempiaran lari kerana diancam oleh binatang yang membaham haiwan ternakan rakan karib saya itu dan sangkaan saya tepat apabila keesokan paginya  saya mendapati banyak kesan tapak kaki seperti harimau di kawasan berhampiran sungai tempat dimana lembu-lembu itu dikejar.

“Dari segi tapak kaki tersebut dianggarkan haiwan ini seberat lebih 60 kilogram.

“Sekiranya perkara ini tidak diselesaikan segera,nescaya penduduk disini akan terus diselubngi kebimbangan berikutan haiwan ini boleh membunuh manusia sekiranya ianya terus dibiarkan bebas,” katanya sewaktu ditemui media.-Peraknews.com

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments