Video: Ferrari Aliff Syukri ‘terlajak panas’?

2717

USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri seakan mengakui sebuah kereta mewah jenis Ferrari yang terbakar pada petang Khamis adalah miliknya.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri bin Kamarzaman melalui Instagramnya turut memuat naik video dia menangis apabila melihat keadaan kereta buatan Itali itu yang sedang dijilat api.

Melalui ruangan komen di Instagram, pelakon Filem Badang ini turut mengakui kereta tersebut adalah miliknya.

Kenderaan mewah tersebut dianggarkan bernilai hampir RM1.8 juta.

Menurut Aliff, kejadian itu menyebabkan dia kerugian wang bernilai hingga jutaan ringgit.

“Aku insan yang lemah, kuatkanlah semangatku ya Allah. Apa patut saya buat, kereta kesayanganku aku beli RM1.8 juta, tak ada salah tak ada apa tetiba meletup,” katanya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari Persiaran Kewajipan menghala ke Plaza Tol Sunway pada petang Khamis.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments