VIDEO: Lelaki maut disengat obor-obor di Langkawi

3514

Akibat terkena sengat obor-obor, seorang lelaki warga Sweden maut etika mandi di Pantai Tanjung Rhu dekat Langkawi petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika mangsa, Sohrabi Saeed, 60, baru beberapa minit disengat hidupan laut tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim dipetik portal Utusan Online sebagai berkata, anggota polis dari Balai Polis Ayer Hangat menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu sebelum ke lokasi.

“Lelaki berkenaan meninggal dunia di Pantai Tanjung Rhu dipercayai terkena obor-obor.

“Mayat dibawa ke Hospital Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan mandi manda di pantai tersebut bersama beberapa anggota keluarga yang lain.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments