‘Bibir, mulut, mata, leher bernanah’

2353

Beginilah keadaan terkini adik Nur Aisyah Hasmizan, bayi perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ditemui di kawasan belukar di Muar, Johor semalam.

Dalam satu perkongsian di Facebook, ibunya berkongsi beberapa keping gambar keadaan Nur Aisyah yang mengalami kecederaan teruk termasuk mulut dan mata bernanah selain kesan gigitan serangga memenuhi tubuhnya.

Kehilangan bayi Nur Aisyah semalam mengemparkan negara apabila dilaporkan hilang ketika waktu sahur.

Suspek lelaki warga Nepal disyaki telah memasuki rumah keluarga mangsa melalui pintu belakang rumah dan diambil bersama dua telefon bimbit serta menculik mangsa.

Walaubagaimanapun, adik Nur Aisyah telah berjaya ditemui pihak polis di kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga mangsa. Mangsa segera dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Suspek berkenaan sudah ditahan bagi membantu siasatan. – NMP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments