Aidilfitri: Che Ta mahu sederhana, baju hanya ada 20 pasang

    2793

    PEJAM celik, pejam celik, kita sudah berada di penghujung Ramadhan dan akan menyambut Aidilfitri minggu hadapan.

    Sudah tentu, sudah ramai yang berkira-kira untuk memilih dan membeli kelengkapan berhari raya termasuk membeli pakaian baharu.

    Rakan-rakan artis tidak ketinggalan bercerita mengenai persiapan Syawal mereka di laman sosial.

    Antara yang menarik perhatian ialah Rozita Che Wan yang bercerita mengenai persiapan Aidilfitri keluarganya.

    Namun, kata Che, tahun ini keluarganya agak bersederhana dan hanya menyiapkan 20 persalinan untuk setiap seorang ahli keluarganya berbanding 30 pasang persalinan tahun lalu.

    “Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang.

    “Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang,” kata Che Ta.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments