Batal temubual Siti Kasim, menteri arah Bernama beri penjelasan

10199

Gara-gara batal temubual dengan peguam kontroversi, Siti Kasim, Berita Nasional Malaysia (Bernama) diarahkan oleh menteri supaya memberi penjelasan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, Bernama perlu mengeluarkan kenyataan segera berhubung perkara itu.

Bernama perlu mengeluarkan satu kenyataan segera memberikan penjelasan berkenaan perkara ini dengan alasan kenapa temubual itu dibatalkan,” kata Gobind menerusi akaun Twitternya, lewat petang Isnin.

Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim sepatutnya menghadiri program temubual di Bernama pada Isnin.

Bagaimanapun, temubual yang bertajuk ‘Malaysia Baharu: Cabaran-cabaran dan Pembaharuan semula’ itu dilaporkan dibatalkan pada saat-saat akhir.

Pembatalan itu menyebabkan Siti Kasim mempertikaikan tindakan tersebut sambil menyifatkan istilah ‘Malaysia Baharu’ yang diraikan pelbagai pihak di negara ini masih belum berubah.

Menerusi status yang dimuat naik Siti Kasim di akaun Facebooknya pada Isnin, beliau turut mempersoalkan sama ada Barisan Nasional (BN) masih mengawal agensi berita kerajaan itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments