Dia sudah tiada, kisah pilu seorang Ali Banat

11342

NAMA Ali Banat tidaklah gah bak selebriti pujuaan dunia. Malah, maklumat mengenai dirinya tidak sebegitu diketahui.

Namun, jejaka Islam berasal dari Sydney, Australia ini telah menjadi inspirasi rentetan kisah hidupnya yang suatu ketika hidup dan hanyut dalam kemewahan sebelum menghidap kanser – sesuatu yang mengubah hidupnya yang penuh warna.

Selepas disahkan menghidap kanser tiga tahun lalu, Ali Banat menganggap hidup seolah-olah berakhir, namun tidak lama selepas itu dia telah membuat keputusan untuk berkongsi segala kekayaannya dengan orang lain.

Bagi sesiapa yang mengenali Ali Banat selepas menonton satu video di Youtube, Gifted With Cancer pasti merasai kehilangan mereka dan pasti menghulurkan derma kepada yayasan yang ditubuhkannya, Muslim Around The World (MATW).

Setakat ini (30 Mei), MATW telah berjaya mengumpul dana sebanyak £589,243 (RM 3,116,760). Dengan jangkaan yayasan tersebut mampu meneruskan kutipan derma yang lebih tinggi.

Jadi, siapa sebenarnya Ali Banat ini?

Ali adalah seorang jutawan Muslim yang menetap di Australia. Dia seperti orang kaya yang lain, mempunyai kehidupan yang amat senang hasil daripada perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

Di dalam video yang tular tersebut, Ali turut membenarkan jurukamera merakam suasana di dalam bilik tidur mewahnya. Di dalam bilik tidurnya ada kasut berjenama Louis Vuitton yang berpasang-pasang, satu-satunya jenama kasut yang dipakainya dan gelang bernilai £33,945 (RM 179,549). Salah satu kenderaan mewahnya, Ferrari Spider bernilai £339,237.50 (RM 1,794,373,57).

Namun sebaik sahaja dia disahkan menghidapi satu penyakit berbahaya, Ali Banat menyedari segala kekayaan yang dimilikinya sudah tidak beerti apa-apa.

”Apabila kamu mengetahui bahawa kamu sedang sakit dan tiada masa yang banyak untuk hidup, ini (kerja amal) adalah sesuatu yang kamu akan kejar. Dan itulah yang sepatutnya kita lakukan setiap hari,” kata Ali Banat.

🚨9 DAYS ALREADY GONE🚨🚨Wat have we done 🚨Have we pleased allah🚨have we stepped up in our prayers and in our fasting Wallahi we can’t miss out on this opportunity this blesssed month were the devil is locked up and makes it all easier for us to get closer to allah let us just put one new project or one new goal to achieve and let’s do it by the end of Ramadan does not matter how big or small it may be as long as we getting closer to allah love you all for the sake of Allah

Posted by MATW Project on Friday, 25 May 2018

Menurut Ali Banat, doktor memberitahu bahawa dia hanya mempunyai masa selama 7 bulan sahaja. Namun dia bersyukur kerana Tuhan mengizinkannya untuk hidup selama tiga tahun lagi. Maka, tiga tahun yang dilanjutkan itu dia penuhi dengan berbuat kebaikkan.

MATW, organisasi yang diasaskannya telah membantu ribuan penduduk yang daif di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika seperti Tongo, Ghana dan Burkina Faso.

Ali Banat sendiri, kisah pilu secara peribadi turun ke jalanan menggerakkan MATW dan mencari dana. Dia mengharapkan dana-dana yang disumbang itu dapat disalurkan sepenuhnya tanpa diasingkan untuk urusan pentadbiran organisasi.

Dengan dana tersebut, dia berharap dapat membina kampung yang menyediakan tempat tinggal kepada lebih 200 balu, masjid, sebuah sekolah yang dapat menyediakan pendidikan kepada 600 orang anak yatim, hospital mini dan menyediakan peluang perniagaan untuk menyokong aktiviti komuniti.

Tetapi pada 29 Mei yang lalu, ketika Maghrib bakal menjelma, Ali Banat akhirnya menghembuskan nafas terkahirnya. Dari seorang lelaki yang suka berfoya-foya dengan kemewahannya, kasut seliparnya paling murah berharga 700USD, Allah angkat darjatnya dengan ujian kanser, seluruh hidupnya selepas itu dikorbankan kepada orang miskin dan hartanya diinfaqkan kepada orang memerlukan sehinggalah nafas terakhirnya.

Umat Islam ketika ini terus menyokong yayasan yang ditubuhkannya sebagai penghargaan ke atas aktiviti kemasyarakatan yang diusahakannya.

”Untuk kebanyakkan orang, termasuk saya, disahkan menghidapi kanser adalah satu penamat. Tetapi ia tidak pada Ali Banat. Kanser itulah yang ‘melahirkan’ dirinya. Ali Banat benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai orang. Semoga Allah mengurniakan syurga buatnya,” kata salah seorang netizen di Twitters.

Buat mereka yang berhajat untuk menyalurkan derma kepada yayasan ini ataupun mahu mengikuti perkembangan dan projek-projek yang dijalankan, anda boleh mengikuti laman Facebook, MATW Project.

Al-Fatihah. Semoga roh Ali Banat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments