Wanita rendah lebih mudah cari pasangan

1034
ADA kajian menunjukkan, wanita rendah lebih cenderung mewujudkan sikap romantik pasangannya.

SETIAP lelaki ada citarasa mereka masing-masing dalam memilih pasangan. Ada yang sukakan wanita yang berkulit cerah dan ada yang sukakan wanita berkulit sawo matang.

Tapi dari segi ketinggian pula macam mana? Kalau ikutkan saiz ketinggian wanita Asia, kebanyakannya rendah.

Tapi, wanita yang pendek jangan rasa rendah diri. Anda kena tahu, wanita pendek ni sangat menarik di mata lelaki.

1. Mereka comel sangat

Tak dinafikan perempuan pendek lebih comel. Lagi-lagi kalau mereka sedang marah atau dikacau.

2. Sentiasa nampak muda dari usia sebenar

Ramai akan fikir pasangan anda berumur 17 tahun, sedangkan dah 28 tahun. Sentiasa awet muda gitu!

3. Mudah nak beli pakaian

Senang nak dapatkan saiz baju atau seluar, termasuk kasut sebab size mereka sentiasa ada. Kalau tak jumpa boleh cari di tempat kanak-kanak.

4. Setia pada pasangan

Kajian mendapati, mereka yang pendek atau rendah akan lebih setia pada pasangan dan hubungan cinta.

5. Jimat duit untuk makan

Kenapa jimat kalau kahwin dengan wanita pendek? Orang berbadan kecil ni tak makan banyak. Kan dah jimat tu!

6. Rasa comel bila cium wanita pendek

Cium gadis yang rendah memang cute, lagi-lagi bila kena menjingkit kaki. Ini untuk suami isteri je harap maklum!!

7. Mereka selalu bersiap cepat

Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?

8. Boleh pakai high heels

Wanita tinggi tak boleh pakai high heels? Bukan tak boleh, tapi nanti terlebih tinggi dari suami pulak. Wanita pendek tak ada masalah nak pakai high heels berinci-inci!

9. Senang nak dukung

Wanita pendek ni lebih ringan. Jadi si suami senang la nak dukung, tak ada la patah pinggang.

10. Senang nak peluk

Suami senang nak peluk isteri yang pendek, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments