Sifar GST, Honda turunkan harga semua modelnya

2709

Honda Malaysia Sdn. Bhd. bakal mengurangkan harga jualan untuk semua model selepas perlaksanaan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun nanti.

Bersempena dengan perlaksanaan GST sifar bulan hadapan, pelanggan boleh menikmati kadar harga yang lebih murah sebelum cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula. Selain itu pelanggan yang membeli model Honda tertentu bakal menerima ganjaran terhad.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toichi Ishiyama memberitahu bahawa harga model pemasangan tempatan (CKD) seperti City, City Hybrid, Jazz, Jazz Hybrid, BR-V, CR-V dan Accord akan dikurangkan antara RM4,088 hingga RM9,573 sebuah manakala untuk model kenderaan diimport sepenuhnya seperti Odyssey akan dikurangkan dengan RM14,362 dan Civic Type R RM18,072 sebuah.

Selain itu, alat ganti dan servis juga tidak akan dikenakan GST bermula 1 Jun nanti. Mungkin ramai yang akan berkereta baharu menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. – Vocket

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments