Cerai isteri lepas 15 minit bernikah

5859
Gambar hiasan

Gara-gara terguris hati angkara wang ringgit, perkahwinan pasangan suami isteri yang baru berlangsung 15 minit berakhir dengan penceraian.

Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki di Dubai nekad menceraikan isterinya yang baharu dikahwininya selama 15 minit.

Keputusan itu dibuat selepas lelaki tersebut berasa ‘terhina’ dengan tuntutan hantaran oleh bapa mertuanya.

Ketika kejadian itu, pengantin lelaki tersebut menyerahkan hantaran 50,000 dirham (RM54,160) seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak dan baki wang tersebut akan diberikan selepas majlis meraikan hari bahagia mereka.

Bagaimanapun, bapa pengantin perempuan tidak sabar dan terus mendesak supaya dia memberikan kesemua wang 100,000 dirham (RM108,320) tersebut.

Lelaki terbabit berasa terhina dengan perbuatan bapa mertuanya dan dia bertindak menceraikan wanita itu di hadapan seluruh keluarga dan rakan mereka.

Sebelum ini, perkahwinan terpendek dalam sejarah Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlangsung selama beberapa saat.

Kejadian pada 2012 itu berlaku apabila pengantin lelaki berang selepas bapa mertuanya meminta supaya anaknya dibenarkan untuk terus bekerja. – Daily Mail

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments