GST 0% mulai 1 Jun

5595

PUTRAJAYA 16 Mei – Berkuat kuasa 1 Jun ini, cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak lagi dikenakan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menetapkan, bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport adalah sifar GST.

“Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 1 Jun dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

“Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GST,” katanya, di sini hari ini.

Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar tersebut.

Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran invois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.

“Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa,” kata kenyataan itu.

Untuk penjelasan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam)

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments