PH Perak menghadap Sultan Perak petang ini

9207

IPOH: Pakatan Harapan (PH) Perak akan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini, jam 3.30 petang ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi PH Perak, Ahmad Faizal Azumu ketika dihubungi NSTP sebentar tadi.

Ahmad Faizal berkata, beliau dan rombongan akan mengadap sembah Sultan Nazrin bagi memaklumkan kepada baginda berkaitan status jumlah kerusi dimenangi PH.

“Mengadap sembah biasa sahaja, bukan kita datang pakai baju melayu hitam, tapi hanya untuk mengadap sembah bagi menyampaikan status jumlah kerusi kita.

“Tiada apa-apa kerana bagi kami, Sultan Perak perlu tahu mengenai status itu,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, perincian mengenai perkara itu tidak boleh diberitahu pada masa ini dan yang penting apa yang dilakukan PH adalah demi masa depan rakyat negeri ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments